Selasa, 21 Februari 2017

Aktiviti Perjumpaan Mantan Guru Besar Daerah Muar dan Tangkak 2016 dan awal tahun 2017










Perjumpaan kali ketiga diadakan di rumah tepian sawah Tn Hj Haron Haris di Kampung Telok Rimba, Sg Mati, Tangkak pada hari Isnin 20 Febuari 2017 mulai jam 2.00 hingga 4.30 petang.Perjumpaan ini dihadiri lebih 50 orang mantan guru besar.





Perjumpaan kali kedua telah diadakan di Restoran Baung Power, Bukit Gambir pada hari Isnin 23 Januari 2017 jam 11.00 pagi-12.30 tengahari dihadiri lebih 30 orang mantan guru besar.






Perjumpaan pertama mantan guru besar daerah Muar dan Tangkak telah diadakan di rumah YM Raja Mohd Naquib b Raja Ali di Parit Muhammad, Bakri Batu 5, Muar pada hari Jumaat 16 Oktober 2016 dihadiri oleh 15 orang mantan Guru Besar.


Khamis, 16 Februari 2017

video
Lagu Zapin Budi - Muar

video
Lagu Lewang-lewang - Jawa

video

Lagu Kondangan - Jawa 


video

 Lagu kahwin telu - Jawa

video

Lagu Jawa - ubi getok





Rabu, 15 Februari 2017

video
Lagu lama Tanah Melayu
video
Terkenang masa dahulu zaman kanak-kanak
video
Nostalgia masa lalu

video
Kenangan mengusik jiwa
 
video
Pembedahan bayi
video
Muar Maharani Bandar Diraja

video
Subhanallah,Allah maha besar

Jumaat, 27 Januari 2017

https://www.academia.edu/6348571/Sejarah_Petempatan_Tradisional_Negeri_Johor_Muar_and_Batu_Pahat
 SEJARAH ASAL USUL BAKRI, MUAR

Bakri, Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bakri atau Bukit Bakri adalah sebuah bandar di Daerah Muar, Johor, Malaysia. Ia terletak sepanjang Jalan Persekutuan 24. Pada 1991, ia mempunyai penduduk seramai 10,000 orang, yang bilangan itu digandakan oleh bancian pada tahun 2000 kepada 20,123 orang. Penduduk Bukit Bakri terkini adalah 30,280 orang. Ia terletak pada latitud 2° 3' U dan garis bujur 102° 40' T.
Sepanjang Perang Dunia Kedua, bandar ini menjadi tapak pertempuran Tentera Jepun yang mara ke Singapura melalui Parit Sulong dan Kluang. Terdapat banyak perkuburan Islam, Cina, Hindu dan Kristian di bandar Bakri termasuk tanah perkuburan perang bersejarah Jepun dari Perang Dunia Kedua.
Bandar Bakri sebenarnya merupakan sebuah pekan kecil terletak di Batu 6 Jalan Bakri Muar. Ia lebih dikenali sebagai Pekan Bakri. Pekan Bakri dan Bandar Muar atau Bandar Maharani dihubungkan oleh Jalan Bakri yang telah dibina oleh peneroka Kampung Bakri iaitu Haji Mohamad Noh Bin Haji Lebai Muhamad (1850-1923) seorang saudagar raja dari Cerebon pada tahun 1869. Jalan ini kemudiannya diperbaiki dan diluruskan oleh Dato' Bentara Luar Johor, Dato' Mohd Salleh bin Perang pada tahun 1890 dan dinamakan Bakri sempena nama Sultan Abu Bakar. Nama ini diberi sebagai tanda kesetiaan penduduk Bakri yang terdiri dari orang-orang Jawa dan Melayu Pagoh yang mempunyai ikatan tali persaudaraan dengan Orang Kaya Muar. Jalan Bakri sebelum merdeka memegang rekod sebagai jalan terpanjang dan terlurus di Johor yang diukur dan dibina oleh Dato' Mohd Salleh Bin Perang. Jalan ini pernah menjadi kemegahan orang Muar khasnya orang Bakri apabila menceritakan keadaan jalan yang dianggap terbaik di Johor ketika itu. Orang boleh melihat kaki Bukit Bakri di Batu 6 walaupun sejauh 6 batu kerana lurusnya jalan ini.
Sebelum kawasan ini dikenali sebagai Bakri, kampung ini dikenali sebagai Kampung Jawa. Kampung Jawa telah dibuka pada tahun 1869 atas titah Temenggong Abu Bakar kepada Orang Kaya Joned. Orang Kaya Joned telah menyuruh anak angkatnya Hj Mohd Noh bin Hj Lebai Muhamad, seorang saudagar raja dari Cerebon yang kaya berasal dari Jawa dan baru menetap di Muar dengan orang-orangnya menebas hutan dan membuka kampung. Apabila Hj. Mohd Noh mewakafkan sebahagian tanahnya untuk mendirikan Sekolah Melayu di Batu 2 Bakri dan mula dibuka pada tahun 1900, semua kawasan sekitarnya dikenali sebagai Bakri.
Dari Bandar Maharani ke Bakri Batu 3, penduduknya terdiri kaum kerabat Hj Mohd Noh yang mempunyai pertalian dengan Orang Kaya Muar serta kerabat isterinya Tun Zainab atau Tun Hawa bt Engku Muda Mansor dari Pagoh berketurunan kerabat diraja Pahang. Manakala dari Batu 3 hingga ke Batu 5 didiami oleh kaum kerabatnya berketurunan Jawa dari Cerbon dan di Bakri Batu 6, beliau menggalakkan kaum Cina yang bekerja sebagai pelombong bijih dan pekebun mendiami satu kawasan padat yang akhirnya menjadi Pekan Bakri Batu 6 atau Pekan Bakri. Beliau telah menjadi Naib Penghulu tidak bertauliah kepada Orang Kaya Muar dari 1871 - 1915 apabila menyerahkan jawatannya kepada anak sulongnya Hj Long dan beliau meninggal pada 1923.