Ahad, 28 Mei 2017



DOA SELEPAS SEMBAHYANG TERAWIH

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya 'Alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila datang kesusahan. Kami lupa keapdaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua.. justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepaad kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa mlalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami...kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezki kepada keluarga kami...kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa d syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dalam orang2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik2…dalam keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah ya Aziz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.
Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan kluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha mendengar dan mengasihi…
Ya Allah ya Malikal Mulk…
Ya Razak..ya Fattahu ya 'Alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi dberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mndapat padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat akan kembali untuk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang….
Ya Allah ya Zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya…

Rabu, 24 Mei 2017

Asal usul nama Serom Sungai Mati Tangkak

Asal usul nama kampung Serom Sungai Mati Tangkak.

Kampung Serom di buka pada awal tahun 1600. Nama asal Kampung Serom dipercayai diambil daripada perkataan “Seram” dan “Harum”. Orang pertama yang dipercayai membuka Kampung Serom ialah Datuk Penghulu Abdullah yang sangat dihormati dan disanjung pada masa itu. Abdullah dikatakan berketurunan Jawa yang datang dari Pulau Jawa, Indonesia bersama 30 orang pengikut.
Pada satu ketika beliau dan pengikutnya telah tersesat di sebuah hutan tebal yang banyak di huni binatang liar. Setelah berpenat lelah dan usaha mencari jalan keluar tidak berhasil, Abdullah tergerak untuk meneroka kawasan itu dan dipersetujui oleh pengikutnya. Beliau kemudian di lantik menjadi ketua dan digelar Penghulu di kalangan pengikut-pengikutnya. Di ceritakan juga, pengikut Abdullah percaya kawasan mereka tersesat itu berhantu yang menyebabkan mereka tidak dapat mencari jalan keluar. Menurut kepercayaan, hantu-hantu tersebut menjadi marah kerana tempat tinggal mereka telah diganggu.
Selang beberapa hari kemudian, beberapa orang telah terhidu sesuatu yang harum di kawasan hutan itu. Keadaan itu menimbulkan kegelisahan di kalangan pengikut Abdullah kerana berasa seram dan takut. Bau harum itu juga selalu menganggu kehidupan mereka. Berdasarkan peristiwa tersebut, kumpulan pengikut Abdullah ingin memberi nama kawasan itu dengan nama "Harum" sementara sebahagian yang lain ingin memberi nama "Seram".
Akhirnya terjadilah perbalahan di antara mereka, namun dapat diselesaikan dengan mudah oleh Datuk Penghulu Abdullah. Beliau telah mencadangkan agar nama kampung tersebut diberi nama “Serom” menggantikan nama asalnya iaitu “Seram” dan “Harum”. Akhirnya mereka bersetuju kawasan petempatan mereka dinamakan sebagai “Serom”. Kawasan Serom yang mula-mula dibuka adalah kawasan Serom 3 dan juga dikenali dengan Kampung Serom Panggung. Inilah tempat asal Penghulu Abdullah dan orang-orangnya mula bertapak. Keturunan Penghulu Abdullah masih lagi mendiami kawasan Serom.
Kampung Serom bermula dari Serom 1 sehingga Serom 8. Kampung Serom termasuk dalam DUN Serom di dalam parlimen Ledang. Sungai Mati adalah pekan bagi kampung Serom. Rumah kelahiran bekas mentari besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman juga berada di Sungai Mati. Kampung Serom telah mengalami perubahan pesat dari aspek pembangunan dengan pertubuhan rumah rumah kedai di sekitar nya. Sebuah pusat pengajian tinggi awam juga telah di bina di Serom untuk kemudahan penduduk di sekitar kampung Serom.

Selasa, 16 Mei 2017

Selamat Hari Guru - Guru Pembina Negara Bangsa

 Sempena hari guru 16 Mei 2017.
Kepada Yang menuding2 pada Cikgu2 dan MEREKA2 yang memekak pasal yuran PIBG...baca nukilan ni...
Selamat Hari Guru
Cikgu dicaci org xbising...
Cikgu dihina org xbising....
Cikgu diherdik org xbising...
Cikgu dipukul org xbising..
Cikgu disaman org xbising....
Niat Cikgu sering disalah ertikan...
Cikgu korban duit utk murid org xpandang....
Cikgu korban masa utk murid org xpandang...
Cikgu korban tenaga utk murid org xpandang...
Cikgu korban rasa untuk murid org xpandang....
Cikgu korban perasaan anak2 dan keluarga utk murid orang xpandang....
Cikgu buat sgala kebaikan utk murid orang xpandang....
Pengorbanan Cikgu orang xpandang....
Niat Cikgu sering di salah ertikan.....

Di sekolah ;
Cikgu sentiasa ingatkan murid supaya sentiasa menghormati ibu bapa...
Sentiasa mengenang jasa ibu bapa....
Sentiasa menyayangi ibu bapa....
Jangan bercakap kasar dengan ibu bapa...
Jangan biadab dengan ibu bapa....
Jangan melawan ibu bapa...
Jangan derhaka pada ibu bapa...
Tapi berapa ramai ibu bapa yg ingatkan anak supaya hormati Cikgu.....
Supaya mengenang jasa Cikgu...
Supaya menyayangi Cikgu...
Supaya tidak bercakap kasar dengan Cikgu...
Supaya tidak biadap dgn Cikgu...
Supaya tidak melawan Cikgu...
Supaya tidak derhaka pada Cikgu....
Gaji Cikgu yg sering diungkit...
Hadiah utk Cikgu yg sering diungkit...
Cuti Cikgu yg sering diungkit....
Seorang dua Cikgu yg buat silap,
Semua Cikgu kena kutuk...
Seorang dua Cikgu yang buat salah,
Semua Cikgu kena hina...
Cikgu pun manusia biasa....
Orang yg bukan Cikgu ;
Tidak pernah memahami perasaan Cikgu....
Tidak pernah memahami hati Cikgu...
Orang xtahu...
bila tiba hari kejohanan sukan,
Cikgu kumpul duit utk tampung beli makanan murid....
Bila tiba hari anugerah kecemerlangan Cikgu kumpul duit utk tampung beli hadiah utk murid cemerlang....
Bila dekat hari raya Cikgu kumpul duit untuk beri sumbangan pada murid miskin..
Orang xtahu,
ada Cikgu yg menitiskan mata kerana terharu menerima hadiah sebàtang pensil yg bernilai 30 sen drp seorg murid yg miskin...
Ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen yg bernilai 50 sen drp seorg murid yg miskin..
Ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang drp pelajar yg miskin...
Orang x tahu....
Cikgu dikata kejar nama....
Cikgu dikata kejar duit...
Cikgu dikata kejar pangkat...
Cikgu dikata kejar glamour....
Wahai Cikgu...
Biarkan apa org nak kata...
Biarkan apa org nak cerca...
Biarkan apa org nak nista...
Biarkan apa org nak hina...
Bukan pujian yg Cikgu pinta...
Bukan sanjungan yg Cikgu damba....
Bukan darjat yg Cikgu puja..
Bukan hadiah yg Cikgu paksa...
Serahlah saja pada yg Esa..
Sekali Cikgu, selamanya Cikgu..
Kepada sahabat2ku yg bergelar CIKGU...
SELAMAT HARI GURU
Terima kasih CIKGU...

Nukilan rasa:Cikgu Saleh Ibrahim



Sabtu, 6 Mei 2017

Sejarah Bandar Tekstil Tangkak, Johor






 Bandar Tangkak


 Air Terjun Gunung Ledang

sumber gambar :google

SEJARAH BANDAR TEKSTIL TANGKAK

Di sebalik gelaran bandar syurga tekstil, terdapat kisah bagaimana Tangkak mendapat namanya. Selain kisah Puteri Gunung Ledang yang begitu terkenal dalam lipatan sejarah, Tangkak sebenarnya mula diterokai pada abad ke-19 oleh sekumpulan orang yang berasal dari Pagar Ruyung, Indonesia. Mereka pada asalnya tiba pada abad ke-18 di sebuah tempat dikenali sebagai Cohong yang terletak di Melaka dan kemudian menyusuri ke hulu Sungai Kesang sebelum mudik menuju ke arah Gunung Ledang.

Di tebing sungai tersebut, terdapat sebuah bukit dan kumpulan tersebut meredah hutan berpaya menuju ke bukit itu dalam keadaan merangkak-rangkak melalui akar dan rotan yang menjalar di sekelilingnya.
Setelah kampung berjaya dibuka, mereka sering berulang-alik ke tempat asal di Cohong dan apabila diajukan pertanyaan ‘engkau duduk tang mana?’, maka dijawab mereka, ‘aku duduk tempat tang merangkak sana’.
“Oleh kerana sering menyebut perkataan tempat merangkak atau ‘tang merangkak’ maka akhirnya diringkaskan menjadi sebutan Tangkak,” katanya.

Pada tahun 1901, Kerajaan Johor mewujudkan sistem pentadbiran moden apabila Pusat Pentadbiran di Cohong dipindahkan ke bandar Tangkak. Taraf daerah diberikan dan pentadbirannya bergelar Pegawai Daerah. Ketika itu Negeri Johor mempunyai Sistem Pesuruhjaya Kerajaan yang mengetuai pentadbiran daerah yang besar dan Pegawai Daerah ditugaskan mentadbir daerah yang kecil.

Selepas tamat perang dunia kedua, sistem pentadbiran daerah telah diubah. Jawatan Pesuruhjaya Kerajaan telah dihapuskan dan Pegawai Daerah ditugaskan mentadbir Daerah Besar, manakala Penolong Pegawai Daerah mentadbir daerah kecil. Tangkak merupakan daerah kecil pada ketika itu.

Tangkak juga dikenali di kalangan penduduk tempatan dengan gelaran Syurga Kain atau Bandar Fabrik kerana mempunyai banyak kedai kain yang menjual pelbagai fabrik yang cantik. Memang tidak dapat dinafikan apabila menjejakkan kaki ke Tangkak, kita boleh lihat dari kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan deretan kedai-kedai kain tersebut.

Bandar Tangkak hanya 17km dari Gunung Ledang yang merupakan gunung tertinggi di Johor. Gunung ini dapat dilihat dengan jelas dari mana-mana sudut bandar Tangkak. Gunung Ledang terkenal dalam lagenda Puteri Gunung Ledang

Kredit : Tourism Johor