Sabtu, 26 Februari 2022

PERCUTIAN DI PHELIA RESORT & SPA, AYER KERUH, MELAKA.

Percutian singkat Famili di Phelia Resort & Spa, Ayer Keruh, Melaka pada Sabtu dan Ahad 19 - 20 Febuari 2022. Resort ini mempunyai keunikan tersendiri keseluruhan bilik vila diperbuat daripada kayu yang didatangkan dari Russia terletak seolah-olah ditengah hutan belantara yang dipenuhi dengan pokok-pokok kayu dari pelbagai jenis, pokok herba serta tanaman buahan serta haiwan peliaharaan.Terdapat kemudahan seperti kolam renang,gymnasium serta spa, dewan seminar dan sebagainya. Gym dan spa belum berfungsi kerana PKP Covid 19. Pengunjung dibawa mengelilingi resort dengan keenderaan khas untuk meyaksikan keindahan flora resort ini.Juga dimaklumkan terdapat 200 buah vila berbagai harga ditawarkan disini.Kepada sesiapa yang inginkan kedamaian dan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kesibukan bandar inilah tempat yang sangat berbaloi untuk dilawati dan diberi keutmaan untuk distinasi pelancongan dan tempat rehat keluarga.