Sabtu, 28 Mac 2015




Pada hari khamis lebih kurang jam 4.35 petang,26 hb Mac 2015 ketika saya baru nak keluar sekolah selepas mesyuarat AJK PIBG SK Dumpar saya terlibat dengan kemalangan betul-betul dihadapan pintu masuk SK Dumpar.Ianya terjadi apabila tidak nampak pun ada kereta dari kanan kerana terhalang oleh deretan kereta yang parking ditepi jalan berhampiran dengan pintu masuk sekolah saya pun menonjolkan kereta saya kedepan sikit dan kebetulan dah masuk line jalan apa lagi kereta saya dilanggar oleh sebuah kereta putih Myvi MBS5966. Kereta saya yang sepatutnya menghala kekanan telah terheret hingga menghala ke kiri akibat rempuhan tersebut. Kereta saya bahagian hadapan bumper madgad kini kanan serta raditor serta minyak aircond semua terkeluar dan beberapa kerosakan lain yang tidak dapat dipastikan. Selepas polis mengambil gambar kereta saya dibawa ke bengkel di Simpang Jeram. Saya kemudainya membuat laporan di balai polis trafik Muar saya juga telah disaman RM 300 kerana keluar dari simpang secara mengejut.Inilah yang dikatakan malang tak berbau.

1 ulasan:

  1. Takziah Sadon, alhamdulillah jgk krn tiada kecederaan, moga menjadi ingatan dan pengajaran kita bersama, berhati-hati di jalan raya.....!!!!

    BalasPadam