Rabu, 13 September 2017

ADA ORANG SEDIH:

Kenapa rumah saya adik beradik x datang pun? Saya je kena ziarah mereka. Dan mereka hanya "lalu" rumah saya tetapi x singgah..


Mari saya bagi tau.
Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturrahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka x dapat.

Bab ni kita yang pilih. Antara pahala @ kebencian @ dendam @ cemburu.

Jadi biarkan orang yang x nak menyambung silaturrahim walaupun kita telah di usahakan agar yg putus atau renggang bertaut kembali.

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.

Seperkara lagi:
Saya sendiri tidak kesal @ kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka amat sibuk. Ada hal lebih penting daripada silaturrahim. 

Kita x perlu kecil hati. InsyaAllah orang lain jadi tetamu kita.. membawa keluar dosa kita dan membawa rahmat ke dlm rumah.

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)
Muhasabah seorg insan daif.... bagus perkongsian ni...kalau dah baca... ambil sebagai iktibar... 
                     
ADA ORANG....

Ada orang bangun pagi, dia terus mandi ready nak pergi solat Subuh.

Ada orang bangun pagi, main phone dulu. Tgok wassap, telegram. Up date dulu ucap selamat pagi kat FB insta weChat. Bila subuh dah nak habis, baru cepat2 lari gi ambil wudhuk.

Ada orang dah bangun tapi tidur balik.

Ada orang subuh memang tak bangun2.

Ada orang lepas solat subuh, dia baca Quran dan al-Ma'thurat, mengaji dan sebagainya.

Ada orang lepas solat subuh, dia terus main tepon, atau tengok tv dulu.

Ada orang lepas solat subuh, dia sambung tidur balik.

Ada orang, subuh gajah pun x bangun lagi

Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati Allah, cuba tidak melanggar perintahNya dan melaksanakan suruhanNya, dan cuba untuk menjadi terbaik di mataNya.

Ada orang, sepanjang hari dia kerja/belajar jee, bila habis, dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang2 buat benda yg sama.

Ada orang, dia tak buat apa2 pun sepanjang hari, just duduk tengok tv, main game atau lepak2 ngn member2.

Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan ketelanjuran diri, juga berharap Allah meredhai harinya.

Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ke tengah malam. Bahkan sampai ke pagi. Tersengih sorang2, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan.

Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa2. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui.

Begitulah rutin harian setiap orang. Masing2 memainkan watak masing2 tanpa disuruh siapa2. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitu lah seterusnya..

Bila ajal menjemput secara mengejut...

Ada orang mati ketika dia sedang sembahyang.
Ada orang y akan mati ketika dia khusyuk main game.
Ada orang y akan mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi.

Dan ada orang y mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat.

Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita?
Sad ending kah, atau happy ending ?

Ternyata, semua nya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan.

Allah telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil berdasarkan ilmu disisiNya. Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yg menyia2 kannya selama ini. Tup2 bila mati, menyesal tidak henti.

Ingat tuan2, bila Allah dah panggil balik, masa tu, tak ada lagi harapan untuk berpatah balik.. Ur time is up ! Kita dah habiskan semua waktu yang Allah peruntukkan dah untuk kita ke syurga.

MANFAATKANLAH MASA YANG MASIH ADA..JANGAN KITA LUPA, DUNIA INI HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan