Semalam 17 Mei 2018 bersamaan 1 Ramadhan 1439 hijrah,bermulalah umat Islam berpuasa dan pertama kali berpuasa tanpa emak tersayang. Allahyarham emak Hjh Esah bt Parlan berusia 83 tahun telah kembali ke rahmatullah pada 16 Febuari 2018 jam 1.44 pagi Jumaat yang berkat,emakku telah disahkan meninggal dunia akibat komplikasi kegagalan buah pinggang dan jantung lemah' severe auute kidney injurry secondary to infected ptessure sore' menanggung derita hampir sebulan dirumah dan sebelas hari mulai 6 Febuari di Hospital Sultanah Pakar Fatimah Muar.Jenazah emak selamat disemadikan jam 10.45 pagi Jumaat di perkuburan Islam Bakri.
Sebelum itu emak menderita penyakit kaki dan tidak dapat berjalan lebih kurang setahun lamanya.Sebelum itu emak tidak lalu makan lebih sebulan walaupun kami berusaha menyuapkan sedikit makan dan sedikit air.Kami berempat adik beradik bergilir-gilir menjaganya sehingga emak meninggal dunia.Kenangan bersama emak tersayang sukar kami lupakan.Maafkan segala keterlanjuran kata atau perbuatan, halalkan susumu dan makanan ketika aku membesar, begitu juga budi dan baktimu mendidik dan membesarkan diri ini.Emak tidak dapat melihat menantuku dan cicit keduanya.Semoga roh emakku tenang,diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan