Sambutan Hari Raya 1 Syawal 1442 H bersamaan 2021 M di sambut secara sederhana buat kali kedua kerana pandemik Covid19. Ini disebabkan anak-anak, menantu dan cucu tidak dapat pulang berhari raya kerana tidak boleh merentas daerah dan negeri. Juga larangan kunjung mengunjung di hari raya kerana PKP 3.0 seluruh negara mulai 12 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021.Kami menafaatkan video call dan whatSapp sahaja untuk berhubung antara satu sama lain. Kami suami isteri dan anak bungsu kami Najatin beraya di Taman Mulia, Kesang Laut, Tangkak, Johor. Along dan keluarganya beraya di Puncak Alam, Selangor manakala Angah dan keluarga beraya di Taman Bertam 4, Bertam.Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan