Ahad, 17 Mei 2026

  

SETELAH BERSARA WAJIB SEBAGAI PENJAWAT AWAM KHUSUSNYA KERJAYA SEBAGAI GURU.

A : AKTIVITI SELEPAS BERSARA DAN KELUARGA TERKINI TAHUN 2026.

            Setelah bersara wajib saya cuba menyesuaikan diri sebagai pesara kerajaan dengan melakukan aktiviti atau pekerjaan kebun seperti memotong rumput dan semak di rumah pusaka dan kebun tinggalan arwah abah di Kg Parit Raja Muar. Saya selang selikan dengan hobi percubaan iaitu menanam pokok bunga di sebelah rumah sempadan dengan jiran sebelah rumah dan diluar laman rumah Taman Mulia. Aktiviti ini saya buat selama dua tahun sehinggalah isteri saya bersara wajib pada 15 Mac 2018. Selepas itu saya tumpukan kepada kebun, menanam dan menjaga pokok buahan serta membersihkan rumah kampung yang didiami oleh adik perempuan saya iaitu Ramlah Marwi yang tinggal seorang selepas arwah emak saya Esah Perlan meninggal dunia pada 16 Febuari 2018. Bila isteri bersara aktivitinya meneruskan hobi menanam dan meguruskan pokok-pokok bunga termasuk dilaman rumah jiran-jiran Jalan Mulia 7 dan juga kawasan laman Surau Nurmualim yang berhampiran rumah.

               Dialam persaraan ini juga saya telah mendapat lima orang cucu iaitu tiga lelaki dan dua orang perempuan yang menjadikan kesemua cucu saya ada enam orang tiga lelaki dan tiga perempuan. Anak sulung Fatihatul Nabila yang telah berkahwin dengan Mohd Fauzan bin Yusof pada 31 Mei 2014  mendapat tiga orang anak dua lelaki seorang perempuan. Anak kedua iaitu Nurjihan mendapat seorang lelaki dan dua orang perempuan. Anak Along ialah Filza Eesya Nabila kini umur 11 tahun lahir pada pada 23. April 2015 dalam darjah 5, yang nombor dua Muhammmad Eeian AlFatih 8 tahun lahir pada 9 April 2019 dalam darjah 2 dan yang kecil sekali Muhmamad Eeiad Nabil 3 tahun lahir pada 15 Febuari 2023 belajar dekat Taska di Puncak Alam. 

            Angah Nurjihan telah berkahwin dengan Ameerul Faisal bin Asmari pada  15 Mac 2018 telah dikurniakan anak sulung lelaki  iaitu Adam Nuqman 7 tahun lahir pada 6 Januari 2019 belajar didalam darjah 1, yang perempuan Nufa Ayra 5 tahun lahir pada 4 Oktober 2021 belajar di Tadika Brainybuncy  Puncak Alam sementara yang kecil Nia Ammarah 2 tahun lahir pada 20 Jun 2024 berada di Taska.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan