Ahad, 28 Jun 2020

PANDEMIK COVID-19 DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ( PKP ) 2020

Pertama dalam sejarah dunia wabak covid-19 telah menular keseluruh dunia melibatkan beratus negara terkesan termasuklah Malaysia. Wabak baru ini dikatakan berasal dari wilayah Wuhan, China dinamakan covid-19 ataupun corona virus disease berlaku pada akhir tahun 2019.Ia dikatakan sejenis virus yang berasal daripada binatang iaitu kelawar. Ia telah dikatakan memasuki negara ini pada awal tahun 2020 melalui pelancong asing.

Nak simpan kat blog ini jugak la.. kenangan yang takkan dilupakan.. Untuk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢
 ..
24 FEB - Tun Dr Mahathir letak jawatan PM7
24 FEB - Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan terbubar
01 MAC - Tan Sri Mahyuddin Yassin dilantik PM8
09 MAC - Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan
18 MAC - 31 MAC 2020 PKP Fasa 1
01 APR - 14 APR 2020 PKP Fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 PKP Fasa 3
29 APR - 12 MEI 2020 PKP Bersyarat ( PKPB ) Fasa 4
10 MEI - 31 OGOS 2020 PKP Pemulihan ( PKPP )

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾 telah diperenalkan untuk menghentikan penularan covid-19.
📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️ 

Rakyat mula mengamalkan norma baru duduk dirumah, jaga kebersihan diri sentiasa basuh tangan dengan hand sanitzer/sabun,penjarakkan sosial sekurang2nya 1 meter,keluar rumah hanya perlu sahaja, pembelian secara online, pemakaian topeng muka (face mask) ketika keluar rumah atau berada dikawasan sesak atau bergejala.

Perhimpunan ramai seperti majlis perkahwinan, keraian, mesyuarat, perhimpunan agama dan lain2 adalah dilarang.

Pada 10 MEI - 9 JUN 2020, Kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB) dengan secara beransur-ansur pembukaan beberapa sektor ekonomi tetapi mesti mengikut SOP yang telah didtetapkan oleh kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada 24 April 2020 sambutan bulan puasa bulan ramadhan dan 25 Mei 2020 sambutan Hari Raya Aidilfitri telah disambut dengan norma baru yang mana solat terawih dan solat  sunat Aidilfitri dibuat dirumah, kunjungan hari raya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja kerana pergerakan antara negeri tidak dibenarkan samasekali. Jadi anak-anak tidak balik beraya seperti lazimnya.

Pada 7 Jun 2020, Perdana Menteri mengumumkan bahawa mulai 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) dengan membuka lebih banyak sektor ekonomi seperti tiada lagi sekatan perjalanan antara negeri,pembukaan sektor perlancongan domestik serta pembukaan taska, pembukaan sekolah pada 24 Jun 2020 untuk pelajar yang mengambil peperiksaan sahaja seperti SPM dan STPM serta pembukaan tadika dan prasekolah pada 1 Julai 2020. Pembukaan masjid dan surau, penganjuran aktiviti sosial juga dibenarkan tetapi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

#copyNpaste
#forMyReference
#stayathome
#covid19
#staysafe
#kitapastimenang
# In Shaa Allah