Biodata dan Perkhidmatan


Kursus PBS IAB 2015
Kursus Kepimpinan Untuk Perubahan IAB Bandar Enstek 2014
Persidangan dan Konvensyen MGB Muar di Primaland Resort, Port Dickson 2014.
Persidangan MGB Johor di Bandar Penawar Kota Tinggi 2013

 Persidangan MGB Muar Hotel Katerina, Batu Pahat 2012

Kursus Pengurusan Strategik di IAB Pada tahun 2011

Persidangan MGB Muar Bayu Bay Resort, Melaka 2011

Persidangan dan Konvensyen MGB Muar Hotel Good Hope , JB, 2010

Persidangan dan Konvensyen MGB Muar di Glory Beach Raesort, Port Dickson ,2009.

Kursus Penilaian Program IAB Jitra pada tahun 2009
Kursus Pengurusan Instruksional di Melaka tahun 2006
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006

Gambar Tahun 2015

Gambar tahun 2014

Gambar tahun 2013
Gambar tahun 2013

Gambar tahun 2012
Gambar tahun 2011
Gambar 2011
Gambar tahun 2010
Gambar tahun 2010
Gambar tahun 2009



Gambar pada tahun 2003

Kursus Pengurusan Peperiksaan untuk GB di Melaka 2003

 Kursus Penilaian Tahap Kecekapan GB IAB 2003

Kursus Peningkatan Profesionalisme GB Melaka 2002


Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah GB IAB 1997

Kursus Membina Semangat PGB Mersing 1995

Kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme Keguruan IAB 1989

Seminar Kepimpinan Pengakap Negeri Johor di Kem Tanjong Laboh, Batu Pahat 1978







Gambar2 ketika mengajar di SK Seri Jong, Muar

Gambar 2000

 Gambar 1994

Gambar 1984

Gambar 1977

Gambar 1976

 
Ibu : Hjh Esah binti Parlan ( 2 gambar  diatas ) ketika majlis pernikahan anakku Fatihatul Nabila pada 31 Mei 2014
Majlis Persaraan Pn Hjh Nabiha Omar
Majlis Persaraan Pn Zaharah Muhamad
Gambar tahun 2014 ketika mengajar SK Dumpar 2012- kini
Sekolah Kebangsaan Dumpar mulai 1 Novmber 2012 - 10 April 2016

Gambar tahun 2011 SK Seri Jong, Muar
Bersama murid SK Seri Jong

Gambar tahun 2009 ketika mengajar SK Seri Jong 2000- 2012

Kenangan di Sekolah Kebangsaan Seri Jong, Muar 16 Ogos 2000 hingga 31 Oktober 2012
Menjadi GB di SK Sialang, Tangkak 1997-2000

 Menjadi GPK1 SK Tebaru Bakar Batu, JB 1995

Menjadi GPK 1 SK Tebrau Bakar Batu JB 1995

Menjadi GPK 1,SK Tebrau Bakar Batu, JB 1995

Ketika mengajar di SMK Tengku Mahmud Iskandar, Sg Mati Ledang 1978 -1995

Guru- Guru STMI 1985

Guru - Guru STMI 1986

Guru-Guru STMI 1984


Guru-Guru STMI 1983

Guru-Guru STMI 1981

Guru-Guru STMI Petang 1980

Ketika di Maktab Perguruan Kuantan ( MP Teruntum) 1977
Bersama pengetua dan pensyarah Maktab Perguruan Kuantan 1976

Ketika di Maktab Perguruan Kuantan 1976 -1977

Lawatan Ting 6 ke Johor Bahru

Ketika Tingkatan 6 Atas Sastera 1 SMK Dato Seri Amar Diraja, Muar 1975

Ketika  Tingakatan 6 Bawah 1 SMK Dato Seri Amar Diraja, Muar 1974


Ketika  Tingkatan 5 A1 SMK Dato Seri Amar Diraja, Muar 1973

SMK Dato Seri Amar Diraja, Muar mengimbau kenangan dari Tingkatan 1 (1969) ke Tingkatan 6 Atas (1975)

Ketika  Tingkatan 2A1 SMK Dato Seri Amar Diraja, Muar 1970

 CATATAN PERJALANAN  SAYA

               Saya SADON BIN MARWI dilahirkan di Kampung Seri Tanjong, Jalan Bakri, Muar pada 11 hb April 1956.Ibu saya Esah binti Parlan, manakala  bapa saya Marwi bin Satero. Saya berketurunan Jawa sebab bapa saya dan ibu keturunan Jawa bahkan bapa berasal dari Tanjung Pinang, Indonesia. Ayah dan ibu saya hanyalah seorang penoreh getah sahaja.Saya merupakan anak sulung daripada ibu saya yang merupakan isteri kedua bapa saya. Isteri pertama bapa telah meninggal baru bapa saya berkahwin dengan ibu saya. Anak bapa bersama isteri pertama pada ketika itu sudah pun dewasa dan mempunyai keluarga masing -masing. Adik beradik seibu sebapa dengan saya ialah Ramlah adik dibawah saya ,kemudian Rosti dan yang bungsu Muhamad Ali. Adik beradik dari isteri pertama bapa saya ialah Jasman, Kasbon, Samin, Hasnah, Muhamad Elias dan Hashim. Hashim meninggal dunia ketika remaja.

               Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5, Bakri Muar  bermula darjah satu pada tahun 1963 hingga darjah 6 pada tahun 1968. Pada tahun 1969 saya dikejutkan dengan kembalinya bapa kerahmatullah secara mengejut. Saya kemudian memasuki SMK Dato Seri Amar Diraja, Muar Tingkatan satu pada 1969 hingga Tingkatan 5 pada tahun 1973. Pada tahun 1974 saya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 bawah sehingga 6 atas pada tahun 1975 di SMK Dato Seri Amar Diraja juga. Setelah tamat Tingkatan 6 atas dan memperolehi keputusan STPM dengan keputusan yang agak baik sepatutnya saya berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti namun ibu saya orang susah dan adik-adik saya masih kecil dan bersekolah rendah, jadi saya pendamkan cita-cita saya untuk ke universiti. Pada tahun 1976 saya ditawarkan melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Teruntum, Kuantan kemudian ditukar nama kepada Maktab Perguruan Kuantan sehingga tahun 1977.

               
                Saya telah melangsungkan perkahwinan dengan Zaadah binti Md Yassin dari Kampong Tui, Bukit Kepong, Muar pada 4 April 1987.Isteri saya juga seorang guru dan kini bertugas sebagai GPK Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gading, Ledang. Kami telah dikurniakan tiga orang puteri iaitu yang sulung Fatihatul Nabila diikuti oleh Nurjihan dan yang bungsu Najatin.

                 Fatihatul Nabila telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan Sarjana di UiTM Shah Alam dalam bidang Kimia Proses dan menjawat Jawatan Ahli Kimia di Kilang Top Glove di Meru, Kelang Selangor. Fatihatul telah berkahwin dengan Mohd Fauzan bin Yusof pada 31 Mei 2014. Pada 23 hb April 2015 lahir cucu sulung  pertama perempuan bernama Filza Eesya Nabila binti Mohd Fauzan, Alhamdulilah syukur kepada Allah.

              Anak kedua Nurjihan telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kimia proses pada tanun 2014 dan  pada tahun 2015 Nurjihan menyambung pengajian peringkat sarjana dan kini Nurjihan pun telah tamat mengikuti pengajian sarjana telah ditawarkan bekerja di Syarikat Polycore, Senai sebagai Jurutera Proses.Bila tamat pengajian master pada 1hb Mac 2017 Nurjihan telah ditawarkan bekerja di Top Glove sebagai Jurutera R&D.

           Anak bungsu saya iaitu Najatin baru sahaja tamat persekolahanya dengan mengambil peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Sains Muar pada tahun 2014.Pada tahun 2015 anak bungsu saya ini telah ditawarkan mengikuti Diploma Sains Aktuari di UITM Seremban 3, Negeri Sembilan.

      SEJARAH PERKHIDMATAN

                Setelah menamatkan pengajian maktab perguruan dan memperolehi Sijil Perguruan saya ditugaskan mengajar sebagai guru di SMK Tengku Mahmud Iskandar (STMI) Sungai Mati Muar mulai 1.1.1978 sehingga bulan April 1995. Perkhidmatan saya di STMI selama 17 tahun, Saya mengajar berbagai subjek pada masa itu seperti Sejarah, Bahasa Melayu dan  Kemahiran Hidup ( Perdagangan) dan ditugaskan mengajar dari Tingkatan 1, 2,3,4 dan 5.

                Banyak kenangan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang perkhidmatan saya di STMI. Pertama kali bertugas ditempatkan di daerah sendiri merupakan peluang dan rezeki dalam hidup saya dan saya mesti membuktikan tugas yang diberikan dibuat bersungguh untuk mendidik anak-anak bangsaku supaya mereka memiliki ilmu untuk berjaya di masa depan.Semasa di STMI saya telah mendapat bimbingan dan tunjukajar dari empat orang Pengetua iaitu Tn Hj Yusof bin Sulaiman, Tn Hj Hamer bin Kasmin, En Abdullah bin Mian dan Tn Hj Saripan bin Rakob.Pengalaman yang banyak membantu saya apabila pihak sekolah memberikan kepercayaan kepada saya menambah pengalaman kewangan dan perniagaan ialah bila saya telah dilantik memegang jawatan guru koperasi awal tahun 1980 dan memegang jawatan bendahari koperasi sekolah sehingga saya ditukarkan kesekolah lain. Ada dikalangan rakan-rakan sejawat saya semasa di STMI telah dinaikkan pangkat ke jawatan guru besar,pengetua,nazir, pegawai kementerian pelajaran , pegawai pendidikan daerah dan juga pengarah pelajaran negari.

           Pada 16 Mac 1995 saya dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu, Johor Bahru selama 6 bulan sehingga 16 September 1995. Oleh kerana sekolah tersebut jauh dari daerah Muar saya menyewa sebuah bilik kecil bersama abang ipar yang bujang di Johor Bahru.Kebetulan isteri saya tidak ikut pindah dan anak-anak masih bersekolah dan kami telah pun ada rumah di Muar jadi pada hujung minggu adalah rutin saya balik ke Muar.

             Kemudian saya memohon pertukaran balik ke Muar dan ditempatkan di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Durian Chondong, Bukit Kepong Muar dengan manjawat jawatan Guru Besar sehingga 16 September 1997. Sekolah ini merupakan sekolah SKM yang tidak mempunyai kerani jadi sayalah yang membuat gaji dan kewangan sekolah dengan dibantu oleh GPK 1 satu pengalaman yang sangat berguna dan bermanafaat sekali.Diperingkat zon Bukit Gambir saya telah diberi kepercayaan oleh PPD memegang jawatan Pengerusi Panitia Agama Islam Zon Bukit Gambir. Sekolah ini agak jauh dan saya terpaksa berulang alik sejauh 65 km setiap hari.

                Seterusnya setelah dua tahun berulang alik, saya ditukarkan sebagai Guru  Besar di Sekolah Kebangsaan Sialang, Tangkak selama 3 tahun sehingga 16 Ogos 2000.Di sekolah ini pada awalnya juga tidak mempunyai kerani jadi saya juga yang membuat gaji dan menguruskan kewangan sekolah sehingga tahun ke 2 barulah sekolah ini ditempatkan seorang kerani rendah untuk menguruskan gaji dan kewangan. Seterusnya saya bertukar setara sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Jong, Muar. Perkhidmatan saya di sekolah tersebut adalah yang paling lama sebagai Guru Besar iaitu 12 tahun. Pada 1 November 2012 saya telah ditukarkan setara sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Dumpar, Muar  sehinggalah bersara wajib pada 11 April 2016.

                     Selain dari memegang jawatan guru, Penolong Kanan dan Guru Besar saya juga membantu pihak pengurusan sekolah , zon dan daerah dalam pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum dan  tugas-tugas khas seperti berikut:-
  
                      1. Guru dan Bendahari Koperasi Sekolah Menengah Tengku Mahmud Iskandar Berhad
                          dari sejak tahun 1978 hingga 1995.
                      2. Pengerusi Panitia Agama Islam Zon Bukit Gambir 1995 - 1997
                      3. Pengerusi Panitia Ujian dan Pemulihan Zon Tangkak 1997 -2000
                      4. Pengerusi Panitia Prasekolah Zon Maharani dan Daerah Muar 2000 - 2010
                      5. Pengerusi JK KBSR/KSSR Zon Maharani 2010 - 2016.
                      6. Jawatan Kuasa Kurikulum Daerah Muar (JKKD) 2010 - 2016.
                      7. Ahli Jawatan Kuasa Majlis Guru Besar Daerah Muar 2010 - 2016.
                      8. Bendahari  MSSD Cawangan Bandar A 2000 - 2007
                      9. Ahli Jawatankuasa MSSD Daerah Muar  2004 - 2014
                     10.Bendahari Surau Nur Mualim Taman Mulia 1990an hingga kini.

                    Perkhidmatan saya sebagai kakitangan kerajaan ( guru ) ialah selama 38 tahun 3 bulan 10 hari berkhidmat di sebuah sekolah menengah dan lima buah sekolah rendah di negeri Johor khususnya di daerah Muar. Saya menjadi guru penolong selama 16 tahun 3 bulan 15 hari. Kemudian dilantik sebagai Guru Penolong Kanan 1 ( Pentadbiran ) selama 6 bulan sebelum diberi kepercayaan menjawat jawatan Guru  Besar di empat buah sekolah rendah selama 20 tahun 7 bulan 25 hari sebelum bersara wajib.

Secara ringkasnya sejarah perkhidmatan saya dibidang pendidikan adalah seperti berikut:-

1. SMK Tengku Mahmud Iskandar ( STMI ) Sungai Mati sebagai Guru Penolong C1,1.1.1978 - 15.4.1995 selama 16 tahun 3 bulan 15 hari.
2.  SK Tebrau Bakar Batu, Johor Bahru sebagai Guru Penolong Kanan 1, DG5, 16.4.1995 - 15.9.1995 selama 6 bulan.
3.  SK Durian Chondong, Bukit Kepong, Muar, sebagai Guru Besar DG5,16.9.1995 - 15.9.1997 selama 2 tahun.
4.  SK Sialang, Tangkak, sebagai Guru Besar DG5,16.9.1997 - 15.8.2000 selama 3 tahun.
5. SK Seri Jong, Muar sebagai Guru Besar DG5/DGA32/34,Guru Besar Cemerlang DGA38 16.8.2000 - 31.10.2012 selama 12 tahun  2 bulan 15 hari.
6.  SK Dumpar, Muar sebagai Guru Besar Cemerlang DGA38/DG38 1.11.2012 hingga 10 April 2016 selama 3 tahun 5 bulan 10 hari.


   

4 ulasan:

  1. assalamualaikum cikgu. saya masih ingat cikgu semasa di sek keb tebrau bakar batu ketika darjah 2.

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam Ashraff, ya ke dah lama lebih 20 th tu (1995), terima kasih kerana masih ingat saya lagi, sekarang dimana? dah kerja atau masih study lagi

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum cikgu sadon.. cikgu masih ingat lagi ke ibu saya bekas pelajar smk tmi pada tahun 1976 hingga 1982 yang bernama Raihanah @ salomah bt moalim. Yg beralamat kampung serom 3muar. Beliau pernah menceritakan kami tentang sekolah beliau.. beliau pernah menjadi salah seorang dari satu kumpulan pertama perlantikkan pengawas perempuan yang pertama di sekolah mk tmi tersebut beliau juga pernah mendapat no 1 @2 pada setiap kali peperiksaan tahun berturut turut. Pernah mewakili sekolah dalam bidang sukan bola jaring.. ibu kirim salam kat cikgu dan syukran terima kasih kerana menjadi tenaga pengajar kepada ibu kami... anak salomah bt moalim

    BalasPadam
  4. Waalaikumslm,terima kasih kerana masih mengenali saya terutama kepada ibu sdra Salomah bt Moalim, almaklumlah dah lama tak jumpa tentu dah lupa wajahnya yang dah tentu berubah jika dibandingkan ketika dulu menjadi murid sekarang dah pun dewasa. Terima kasih atas ingatan,memang biasanya murid kenal dengan cikgunya, kirim salam 'Asalamualaikumsalam ' kepada ibu saudara itu, begitu juga terima kasih kepada sdra kerana singgah melihat blog saya.

    BalasPadam