Jumaat, 31 Disember 2021

CUCU KE 4 - NUFA AYRA BINTI AMEERUL FAISAL






Alhamdulillah cucu ke 4 lahir pada jam 5.08 petang Selasa 5 Oktober 2021 di Hospital KPJ Maharani Muar. Anak kedua kepada pasangan anakku Nurjihan dengan Ameerul Faisal. Bayi seberat 3.45 kg ini diberinama NUFA AYRA BINTI AMEERUL FAISAL. Semoga Nufa Ayra membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibubapa, keluarga,agama dan bangsa.Insya Allah.




















 

Selasa, 7 September 2021

Photo Klasik Famili

 

Gambar klasik tahun 1949 ayahanda Allahyarham Marwi bin Satero dan anak-anaknya Allahyarham Md Elias Marwi  ( sebelah kiri ) dan Alahyarham Hashim Marwi ( sebelah kanan )


Gambar Abang Allahyarham Abang Hj Jasman (kanan sekali) bersama isterinya Allahyarhamah Hjh Hasnah Ismail (duduk kanan),Kakak Hjh Hasnah Marwi (duduk kiri) dan Abang Hj Samin Marwi ( berdiri kiri sekali)

 
Gambar Allahyarham Abang Kasbon bin Marwi bersama isterinya Allahyarhamah Hjh Jariah Yusof dan anak sulungnya Allahyarham Mohd Dahni Kasbon.


 


Ahad, 16 Mei 2021

ALBUM HARI RAYA MUSIM PKP 3.0 2021

           Sambutan Hari Raya 1 Syawal 1442 H  bersamaan 2021 M di sambut secara sederhana buat kali kedua kerana pandemik Covid19. Ini disebabkan anak-anak, menantu dan cucu tidak dapat pulang berhari raya kerana tidak boleh merentas daerah dan negeri. Juga larangan kunjung mengunjung di hari raya kerana PKP 3.0 seluruh negara mulai 12 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021.Kami menafaatkan video call dan whatSapp sahaja untuk berhubung antara satu sama lain. Kami suami isteri dan anak bungsu kami Najatin beraya di Taman Mulia, Kesang Laut, Tangkak, Johor. Along dan keluarganya beraya di Puncak Alam, Selangor manakala Angah dan keluarga beraya di Taman Bertam 4, Bertam.Pulau Pinang.

 

















Along & Famili di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.






























Angah & Famili di Taman Bertam, Pulau Pinang.







Gambar video call di Johor, Selangor dan Pulau Pinang.