Jumaat, 31 Disember 2021

CUCU KE 4 - NUFA AYRA BINTI AMEERUL FAISAL






Alhamdulillah cucu ke 4 lahir pada jam 5.08 petang Selasa 5 Oktober 2021 di Hospital KPJ Maharani Muar. Anak kedua kepada pasangan anakku Nurjihan dengan Ameerul Faisal. Bayi seberat 3.45 kg ini diberinama NUFA AYRA BINTI AMEERUL FAISAL. Semoga Nufa Ayra membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibubapa, keluarga,agama dan bangsa.Insya Allah.