Isnin, 3 Ogos 2020

ALBUM HARI RAYA MUSIM COVID-19 PKPB 2020


             Hari Raya Aidilfitri tahun ini 1 Syawal 1441 bersamaan 24 Mei 2020 menjadi sejarah kepada aku sekeluarga termasuk juga semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia akibat pendemik Corona Virus atau lebih dikenal sebagai Covid-19. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara. Hari Raya masih didalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dimana pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan.
             Oleh itu hari raya tahun ini kami suami isteri sahaja berdua merayakan di Taman Mulia, manakala anak-anak, menantu dan cucu beraya di rumah masing-masing sahaja. Along sekeluarga beraya di Bandar Puncak Alam, Selangor bersama Adik. Angah sekeluarga pula beraya di Taman Pinggiran Bertam, Pulau Pinang. Pertama kali juga sembahyang raya dirumah selain sembahyang jemaah yang lain tidak dibenarkan sejak PKP dilaksanakan mulai 18 Mac 2020.
             Setelah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 10 Jun 2020 dimana rentas negeri dibenarkan barulah anak-anak balik ke Muar.
            








































Tiada ulasan:

Catat Ulasan