Rabu, 20 Januari 2021

 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ( PKP )  DATANG LAGI AWAL TAHUN 2021.

            Kerajaan mula menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) bermula 18 Mac 2020 - 31 Mac 2020, PKP (Fasa 2) 1 April 2020 - 14 April 2020, PKP (Fasa 3) 15 April 2020 - 28 April 2020, PKP (Fasa 4) 29 April 2020 -12 Mei 2020. akibat pendemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia.Seterusnya kerajaan PKP Bersyarat mulai 13 Mei - 9 Jun 2020 dan kemudianya mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) yang bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 untuk melandaikan lengkuk kes Covid 19  nampaknya kes semakin banyak terutama selepas pilihanraya negeri Sabah. Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) mengeluarkan SOP pemakaian pelitup muka diwajibkan, penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan penggunaan hand sanitzer serta menulis butiran nama, no telefon,check suhu juga penggunaan MySejahtera  setiap kali berurusan diluar dan elakkan 3 S ( sesak,sempit dan sembang ) dan kekalkan   3 W ( Wash, Wear,Warn). Elakan bersalaman dan bersentuhan. 

              Majlis sosial dibenarkan mulai 1 Julai 2020. Rentas negeri dan daerah dibenarkan semula. Pada 9 November 2020 kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 6 Disember 2020 sekali lagi tidak dibenarkan rentas negeri dan daerah terutamanya apabila kes covid 19 menunjukkan kenaikan mendadak.Kali ini penguasaan PKPB dan PKPD dibuat mengikut negeri, zon dan mukim dan lebih banyak sektor ekonomi dibuka kecuali yang kritikal yang susah mengikut SOP.

            Sekali lagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan mulai 1 Jan 2021 hingga 31 Mac 2021.Pada 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021 kerajaan menguatkuasakan PKP 2.0 sekali lagi di 6 negeri termasuk Johor dan akhirnya pada 22 Januari 2021 semua negeri kecuali Sarawak telah dikuatkuasakan PKP. Sarawak telah dikuatkuasakan PKPP sebelum ini sehingga Mac 2021. Kes tertinggi sepanjang PKP ini ialah 4029 pada 16 Januari 2021. Disamping itu juga kerajaan melalui SPB Yang Pertuan Agung mengistiharkan proklamsi darurat tetapi bukanya perintah berkurung mulai 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021, parlimen digantung dan tiada piliharaya sepanjang darurat ini.

             Pada 20 Januari 2021 kerajaan bersetuju menguatkuasakan perlanjutan PKP sehingga 4 Febuari 2021 bagi 7 negeri iaitu P.Pinang,Selangor,Melaka, Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya dan Labuan,Johor, Kelantan dan Sabah.Pada 29 Januari 2021 kes harian COVID-19 di negara kita mencecah kepada 5725 manakala kes harian kematian 21 orang pada 2 Febuari 2021. Jumlah kes COVID-19 di negara kita sehingga 2 Febuari 2021 ialah 222,628, jumlah sembuh 173,990, jumlah kes aktif 47,847, kes ICU 387 dan jumlah kematian 791 orang.

             Terkini pada 2 Febuari 2021 kerajaan mengumumkan perlanjutan penguatkuasaan PKP bermula 5 Febuari 2021 sehingga 18 Febuari 2021 dengan SOP yang diperketatkan diseluruh negara kecuali Sarawak yang masih dikuatkuasakan PKPB. Pada 16 Feb 2021 kerajaan mengumumkan PKP dilanjutkan dari 19 Feb 2021 hingga 4 Mac 2021 bagi negeri-negeri WP Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang, manakala negeri lain berkuatkuasa PKPB kecuali Perlis berkuatkuasa PKPP.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan